Wednesday, February 5, 2014

Macam Mana Saya Boleh Terjebak Dengan Shaklee??

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Kisahnya bermula selepas saya melahirkan puteri sulung saya, Aisyah Humaira’. Saya mengalami masalah sembelit yang agak teruk. Walaupun saya makan buah, minum air masak tetapi tetap tidak berhasil. Saya berkongsi cabaran yang saya hadapi itu dalam salah satu group fb yang saya sertai. Kemudian, ada beberapa orang mencadangkan agar saya mencuba alfafa Shaklee.

Sebelum waktu itu, saya pernah dengar tentang Shaklee dan setahu saya ramai ambil Shaklee sebab mahu banyakkan susu. Tetapi bagi saya, saya tak perlu banyakkan susu. Jadi saya tidak ambil kisah sangat tentang Shaklee.

Selepas itu ada seorang SID PM saya share tentang kebaikan alfafa. Selain membantu untuk menghasilkan susu dengen lebih cepat, alfafa juga rupa-rupanya membantu perkumuhan agar lebih lawas. Selepas saya membuat sedikit research, tiba-tiba saya terbuka hati untuk mencuba Breastfeeding Trial Set yang terdiri dari Vit C, B-Complex, Vitalea & Alfafa.

Alhamdulillah, selepas seminggu mengambil Set Bf saya sudah merasakan kesan yang positif dan saya terus beri testimoni pada SID tersebut tanpa dipinta. Hehe. Dan yang lagi ekstrem, saya terus menyerah diri untuk jadi ahli Shaklee tanpa di’offer’ pun. Apabila terkenang balik kisah ini barulah saya faham kenapa ramai pelanggan mahupun downline saya yang ‘menyerah diri’ tanpa paksaan. Hehehe. :D

Setelah saya sendiri menjadi SID, barulah saya faham perasaan SID tersebut. Setiap kali customer memberikan feedback positif, kami sebagai SID merasa gembira kerana dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Inilah salah satu sebab kenapa dari dahulu saya suka berbisnes, membantu untuk menyelesaikan masalah orang lain inshaAllah. :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

P/s: Di bawah saya ‘copy paste’ testimoni yang saya beri pada SID tersebut beserta ‘print screen’.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2/21, 11:14am
Salam kak. Alhamdulillah, lepas seminggu lebih ambil supplement Shaklee saya dah dapat rasakan perubahan positif pada diri saya (dengan izin Allah). Saya nak bagi testimoni ni..
1) Sebelum ni saya sembelit yang agak teruk. Dan kadang2 kena buasir sampai keluar darah. Lepas ambil alfafa tu 6 biji sehari, alhamdulillah (dengan izin Allah) najis dah makin lembut. Cuma masih sakit kesan luka yang masih belum baik.
2) Walaupun dah habis pantang dan dah berurut, badan saya still sakit2. Kaki lenguh ya amat. Kalau solat, nak bangun dari sujud tu punyalah sakit. Mungkin kesan tak berpantang betul2 (tak pakai stokin, kaki pijak simen, berkipas laju, mandi air sejuk, berlama2 dengan air etc.) dan juga sebab breastfeed (masih baru lagi jadi tak master cara BF yang betul). Badan rasa lemah sangat. Nak buat kerja rumah pun susah.
Tapi alhamdulillah (dengan izin Allah), lepas ambil BF set Shaklee tu sakit2 badan, kaki & tangan makin berkurangan. Dan sekarang (dah 3 minggu) dah tak sakit2 dah. Jadi, saya rasa lebih cergas dan mudah nak buat kerja rumah serta jaga baby.
3) Saya fully BF baby. Sebelum ni, kalau makan lambat sikit, mesti saya rasa pening2, badan rasa lemah sangat2 & kadang2 rasa macam nak pengsan. Pastu kalau makan pun takes time untuk dapat energy semula. Tapi alhamdulillah (dengan izin Allah), lepas ambil BF set Shaklee, kalau makan lambat pun takpe. Cuma rasa lapar je la. Takde la pula rasa lemah sampai nak pengsan.
Alhamdulillah sangat2. Saya berpuas hati. Lepas ni nak repeat order. Nak tanya:
1) BF set Shaklee (yang bukan trial), RM bape ek 1 set?
2) Macam mana nak jadi ahli? Berminat nak jadi ahli & juga dealer..
Terima kasih ek kak kenalkan saya pada Shaklee ni. Sebelum ni saya tak berminat sangat nak ambil Shaklee sebab saya tengok ramai yang ambil sebab nak tambah susu. Sedangkan susu saya memang dah banyak. Saya ambil sebab nak mudah buang air besar tapi alhamdulillah, khasiat/faedah lain saya dapat juga..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...