Tuesday, October 22, 2013

PERLUKAH MEMBAWA ANAK DEMAM DAN SELSEMA KE KLINIK?




Boleh dikatakan kebanyakan bayi yang mengalami batuk dan selsema tidak memerlukan ubat. Daya tahan dan antibody dalam tubuh bayi itu sendiri yang akan berusaha untuk mendapatkan penyembuhan secara semulajadi, dengan izin ALLAH.


Berikan bayi puan masa dan peluang untuk dia membina antibody dalam badan mereka dalam usaha penyembuhan. Insya ALLAH walaupun anak puan mengalami batuk dan slsema, beliau masih sihat dan tidak perlukan apa-apa ubat terutama jika anak puan berusia setahun ke atas.


Cuma ada beberapa keadaan di mana ibubapa, terutama yang mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah untuk segera membawa anak yang demam, batuk dan selsema ke klinik.


• Batuk dan selsema yang tidak sembuh selepas lima hari.
• Batuk dan selsema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami sukar bernafas.
• Batuk dan selsema disertai demam melebihi 38 darjah celcius bagi yang berumur 6 bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah celcius bagi bayi berumur bawah setahun.
• Selsema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.


Jadi berhati-hatilah dengan ubat yang dibeli dan pada masa yang sama dapatkan nasihat doktor jika tidak pasti dengan keadaan anak puan.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog/?p=4635

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...