Wednesday, October 23, 2013

Rawatan/Ubat Semulajadi untuk Selsema (Natural Treatment/Remedy for Flu)

1) Minyak bawang putih (Garlic Oil)



Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk disapu pada dada ataupun tapak kaki anak jika anak anda mengalami batuk/selsema .

Caranya:
- Bakar bawang putih diatas api tanpa membuang kulit bawang tersebut.
- Kemudian lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak. Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun/minyak masak.
- Kemudian sapukan pada tapak kaki/dada anak anda.

2) Kaedah Stokin Bawang Putih (Garlic Socks)

Caranya:
- Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit seperti jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk (tidak perlu lumat )
- Untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
- Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

(Bawang putih sangat bagus bagi tujuan merawat selsema batuk)


3) Kaedah Stokin Lemon (Lemon Socks)



Untuk anak yang tidak tahan dengan bawang putih, boleh ganti dengan lemon socks

Caranya:
- Sediakan sebiji lemon, kain untuk membungkus kaki (boleh pakai towel good morning) dan sepasang stoking tebal (gunakan jenis kapas)
- Perahkan sebiji lemon ke dalam bekas yang berisi yang suam.
- Rendamkan kain/towel tadi ke dalam bekas berisi air suam dan perah, balutkan pada kaki anak dan sarung dengan stoking .
- Anda boleh juga gunakan stoking terus dan rendamkan ke dalam air suam dan pakaikan terus stoking itu pada kaki anak.
- Jika stokin itu telah kering, celupkan lagi dalam air lemon dan pakaikan kembali.

*Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil Patch Test.

Kredit: http://jomhealthywithme.blogspot.com/2013/10/natural-remedies-vs-ubat-ubatan.html

Health Legacy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...